Terdapat pelbagai jenis batik iaitu Batik Blok atau
Terap, Batik Canting dan Batik Skrin (Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia, 2009). Batik mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri darisegi nilai budaya, motif, reka corak dan fungsi. Dalam hal
ini Asharil Suhardi Abdullah menjelaskan dalam Majalah Dewan Budaya keluaran
Julai 2004 bahawa:
“Istimewanya seni batik
kerana batik merupakan salah satu seni tradisi budaya yang lahir dan berkembang
di kepulauan Melayu serta berkaitan dengan pakaian para penduduknya. Motif yang
sering menghiasi ruang badan sesebuah kain sarung sudah semestinya motif-motif
etnik. Setiap daerah yang menghasilkan batik sabagai bahan keperluan harian
pastinya mempunyai motif-motif etnik yang perlu diangkat dan dikembangkan agar
ia kekal dan diketahui oleh setiap generasi baru. Batik tradisional ini
mempunyai makna simbolik yang tinggi dan penggunaannya didasarkan pada status
sosial pemakai dalam masyarakat daerah tertentu.”
Motif Batik
Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan (Perpustakaan Negara Malaysia, 2000). Inspirasi Motif-motif dalam rekaan batik diinspirasikan daripada alam semula jadi yang berhubung kait dengan kehidupan seharian. Pereka-pereka batik menggubah bentuk-bentuk flora, fauna, abstrak dan geometri menjadi reka corak batik yang indah dan menarik (Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, 2009). Dengan penggunaan motif-motif etnik yang terdiri daripada imej-imej flora seperti motif pucuk rebung, bunga cempaka, bunga airmata kasih manakala motif fauna seperti motif kala jengking, motif rama-rama, motif burung merak dan juga motif ayam. Namun begitu, motif-motif fauna ini telah diubahsuai mengikut daya kreativiti masyarakat dahulu lakaran yang dihasilkan tidak menyerupai bentuk yang sebenar, kerana menghormati ajaran agama Islam (D’zul Haimi Md.Zain, 1984). Antara motif yang paling popular digunakan dalam penghasilan batik ialah motif pucuk rebung, bunga ketola, bunga cempaka, bunga kiambang dan motif-motif ringkas seperti titik, bentuk empat persegi dan bulat (Zailani Yaacob & Azimah A. Samah, 2004).
Susunan Corak Batik
Susunan dan reka corak motif disesuaikan mengikut reka letak dan kedudukannya pada kain. Antara susunan reka corak motif yang digunakan ialah Corak Berdiri, Corak Jalur, Corak Catur, Corak Ulangan Bersilang, Corak Tapak Dam, Corak Kisi-kisi, Corak Melintang, Corak Menyeruluh, Corak Serong, Corak Ulangan Batu Bata dan Corak Tompok-tompok Bertabur (Zailani Yaacob & Azimah A. Samah, 2004).
Bahagian Batik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan