Menggambar merupakan salah satu bidang dalam Seni
Visual di peringkat Sekolah Rendah. Bidang menggambar menekankan perkembangan
imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar
meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan
kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat
lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid
terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang
menggambar ini. Selain dari itu bidang menggambar dapat memperkembangkan
persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna,
garisan, susunan dan kesannya. Dengan ini murid akan dapat menyelaraskan
pemerhatian mereka dan pengalaman mereka dalam aktiviti hasil kerja seni. Aspek
apresiasi hasil kerja perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. (Haslinda Madon, 2007).
1.1.1
Menggambar
Menurut
Haslinda Madon (2007), menggambar boleh definisikan sebagai representasi visual
sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi
komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan
rata. Ia juga merupakan gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej
mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan adalah untuk menerangkan dengan
lebih jelas tentang sesuatu objek. Bidang
ini merupakan satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek
melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan
aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Bidang ini menekankan perkembangan
imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid. Representasi
visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi. Gambar sebagai satu artifak
yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.
1.1.2
Resis
Salah
satu aktiviti menggambar ialah resis. Resis ialah teknik menghasilkan lukisan
atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu
sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang
boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan
jelad didalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998).
Resis mudah dalam kegiatan menggambar boleh dihasilkan menggunakan warna-warna
basah dan contengan lilin atau krayon. Lilin atau krayon yang digunakan dalam
aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat
pada permukaan kertas. (Haslinda Madon, 2007).
1.1.3
Penerokaan
Menurut Abdul Shukor Hashim, et al., (2007).
E. Paul Torrance telah mencipta dan membangunkan teori kreativiti yang membantu
menjelaskan tujuh perkara utama di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang
individu. Satu daripada tujuh perkara tersebut adalah penerokaan. Penerokaan
boleh diaplikasikan dalam aktiviti menggambar bagi proses memupuk dan
mengembangkan kreativiti diri. Penerokaan membawa maksud menyelidik untuk
megetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara
mejelajah. Dalam erti kata yang lain, meneroka adalah bermaksud menggunakan
pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman penerokaan merupakan sesuatu situasi
pembelajaran. Penerokaan dapat dibuat melalui eksperimen, menyelidik dan
mencipta menggunakan pelabagai idea dan bahan bagi meningkatkan kefahaman diri
tentang aktiviti menggambar khususnya dan Pendididikan Seni Visual amnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan